questions
of
the
heart
Welcome.
it's a small world

Hello. You're landed at
amirah-husna.blogspot.com and you probably know that already! ;P

DON'T copy/rip/steal anything here, mess my tagboard with nonsense/spam please?
DO drop a tag, follow my blog, or follow me on Twitter. ENJOY!
You can click on the "Question of The Heart" for any question :)
Thank you so much ;D

Hidup Ini...
Monday, May 16, 2011 @ 10:21 AM


Di saat ini, aku termenung sendirian. Mengenang kisah lalu yang tiada menghilang, mengimbas kenangan silam yang belum terbebas. Aku bersyukur, jika bukan kisah lampau yang menyingkap tadbir hidupku, kisah kini tak mungkin akan wujud.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Aku terluka, aku ternoda dek dosa lampau. Aku hampir-hampir hilang arah dek ribut taufan yang datang mengaburi mata. Satu persatu ujian ku lalui dengan keluh dan kesah, namun terus setia berjalan, mengharap menemui penghujung yang mendamaikan. Segala perit luka, ditanam di hati... biarpun manusia di kiri dan kanan bersedia membantu, aku hanya rela bersendirian. Mengutip satu demi satu sembilu yang melukakan tubuh.

Jiwa terasa penat. jiwa terasa hampa. Hingga kini, penghujung yang ku cari belum ku temui. Tubuh teras semakin lemah, namun jiwa yang kuat terus memapah aku untuk meneruskan perjalanan ini. Kadangkala, hati tertanya, mengapa begitu sukar laluan yang ku jalani? Mengapa begini berat ujian yang menimpa? Namun iman yang sedikit menjawab segala persoalan. Meminta aku meneruskan perjalanan kerana katanya, di penghujung sana, ada cahaya yang bakal ku temui, ada sinar yang sedia menerangi, ada keindahan yang akan dikecapi, ada taman untuk didiami, ada teman yang setia menanti..

aku menoleh semula ke belakang. hati dipalu sayu. mengenang memori lalu, hati kadangkala rindu untuk ke masa itu. biarpun perit menujah kalbu, biapun sakit menghentam diriku, namun kesakitan itulah sebuah keindahan. Keperitan itulah yang memberi kekuatan. langkah ku kini semakin yakin. bersama semangat, yang menjadi pemangkin.

aku merenung laluan yang ku pijak kini. bersyukur dengan cahaya yang kian menyinari. biarpun masa lampau teras perit menghentam diri, namun perjalanan ku kini terasa semakin hampir ke jalan mati. setiap ujian yang melanda terasa dibalas kini. disebalik kekalutan yang menerjah diri ini, sedikit demi sedikit senyuman terukir di bibir. Memang Tuhan itu Maha Adil, hanya memberi, jika mampu mendepani. hanya akan dinikamti, jika kita tahu menyabarkan diri dan terus bersandar pada Ilahi. disebalik semua keperitan yang ku lalui, aku terlupa ada sesuatu yang melimpahi saat ini. Saat aku dibalut kekecewaan yang sangat menghiris, aku lupa ada insan yang sudah tersedia menanti demi membalut kelukaan ini.

bukan mahu mengeluh saja, hanya lelah meniti masa. namun ku sedar Dia Yang Berkuasa, memberi pengajaran ketika berduka. Aku hanya insan biasa, yang kini sedar dari sebuah lena. biarpun terlambat, ku syukuri jua.. nikmat-Mu terasa hingga ke hujung jiwa. Disaat insan lain mencatit nota bahagia, aku di sini, mengarang surat derita, namun ku bersyukur ku punya jiwa, yang setia menemani untuk meredah luka. pabila terkenang ke masa itu, hatiku bagai diragut cemburu, kau di sana hampir selesai menimba ilmu, namun ku di sini, hanya menanti waktu. :) ku syukuri jua apa yang berlaku, memberi kematangan dari setiap sudut. biarpun ku kini leka diulit waktu, namun harapan yang lalu tetap digenggam erat di dalam kalbu.

walau perjalanan ku kian hampir ke situ, namunku rasa ia tetap jauh. biar tersungkur dek musuh yang kerap mengganggu, akan ku tetap bangun meneruskan jalan menuju ke situ.. moga aku bisa bertahan, moga aku bisa menamatkan perjalanan. Mohon Dikau disisiku kini, Tuhan. Berikan kekuatan, berikan kesabaran. Hanya Dikau phon untuk ku bertahan.


" Di sepanjang perjalanan ku di atas laluan kejayaan ini;
ku lalui pelbagai lencongan yang bernama KEGAGALAN,
aku beberapa kali tersungkur dek lubang KEKELIRUAN,
namun aku diperlahankan perjalanan oleh 'bonggol' PERSAHABATAN,
kadangkala, aku terhenti di lampu merah PERMUSUHAN"